Ibadah Korban Perdana Al Raudhah 2025

Ibadah Korban Perdana Al Raudhah 2025

Tarikh: 7 Jun 2025 (10 Zulhijjah 1446H)
Lokasi: Masjid Al Raudhah, Taman Guru
Jumlah Haiwan Korban: 12 ekor lembu
Purata Daging Diperoleh: 102 kg seekor

Alhamdulillah. Ibadah Korban Perdana tahun ini telah berlangsung dengan lancar di Masjid Al Raudhah melibatkan penyertaan aktif daripada komuniti setempat. Sebanyak 12 ekor lembu telah dikurbankan dan daging diagihkan kepada peserta, fakir miskin serta penduduk sekitar Taman Guru.

Program korban ini turut dibantu oleh petugas dan sukarelawan termasuk ahli jemaah dan pengelola KAFA. Semangat gotong-royong jelas terpancar sepanjang proses penyembelihan, pelapahan, pembungkusan dan agihan daging.

Pelaksanaan qurban ini bukan sahaja memenuhi tuntutan syariat, tetapi turut memperkukuh ikatan silaturrahim dalam kalangan masyarakat setempat.

UCAPAN TERIMA KASIH
Asalamualaikum
Saya bagi pihak Urusetia Ibadah Korban Al Raudah mengucapkan jutaan terima kasih kpd Peserta Korban, Petugas, sukarelawan, Ahli Jemaah Pengelola Kafa dan semua warga Tmn Guru yang membantu menjayakan Ibadah Korban hari ini dgn jayanya.
Mohon maaf atas sebarang khilaf, Alhamdulilah Allah kurniakan ternakan korban yg baik dgn purata 102 kg daging seekor.
Alhamdulilah, Tahniah dan Terima kasih moga Allah menerima ibadah kita semua

Hj Suriadi
Pengurus
lbadah Korban 2025

Similar Posts