i. Syarat-syarat Tambahan Vendor Masjid
- Vendor wajib menjaga kebersihan, kesopanan dan etika Islam sepanjang perkhidmatan.
- Vendor tidak dibenarkan menjual makanan/minuman tanpa kebenaran bertulis darpada pihak masjid.
- Vendor yang gagal mematuhi arahan atau menerima aduan serius akan disenarai/hitamkan.
- Pembayaran (jika ada) hanya akan dibuat selepas jamuan dan penilaian perkhidmatan selesai.
- Vendor hendaklah hadir awal dan meninggalkan kawasan bersih selepas majllis selesai.
ii. Kaedah Permohonan
Terdapat Dua (2) kaedah untuk memohon menjadi Vendor Jamuan Masjid iaitu secara Manual ATAU Atas-Talian:
- Pendaftaran Manual
- Download borang Borang Permohonan Menjadi Vendor Jamuan Masjid, cetak dan lengkapkan segala maklumat dan dokumen yang diperlukan. Segala borang dan dokumen yang telah lengkap diserahkan kepada bendahari masjid.
- Pendaftaran atas talian.
- Penuhkan borang atas talian berikut (Borang Atas-Talian Permohonan Menjadi Vendor Jamuan Masjid) dan kepilkan segala dokumen tambahan dalam format yang dinyatakan.
