Lawatan Penanda Aras : Solat Subuh Penuh Macam Solat Jumaat (Anjuran Kelab Wargaemas Taman Guru ke Masjid Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya) 6 Julai 2025
Pada 6 Julai 2025, Kelab Warga Emas Taman Guru telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Masjid Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya, yang terkenal dengan suasana solat Subuh yang luar biasa meriah — penuh seperti solat Jumaat. Program ini bertujuan memupuk kesedaran dan semangat cintakan masjid dalam kalangan ahli kelab serta mencontohi budaya solat Subuh berjemaah yang cemerlang di Masjid Temerloh Jaya.
Rombongan seramai 39 peserta ini telah bertolak dari Masjid Taman Guru pada jam 4.00 pagi dan selamat tiba di Masjid TL Jaya pada jam 5.25 pagi. Rombongan ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Ishak bin Muhammad, dan disertai oleh ahli-ahli kelab yang terdiri daripada warga emas yang aktif serta bersemangat tinggi dalam aktiviti keagamaan.
Antara peserta yang menyertai program ini termasuk:
- Dato’ Sri Hj Ishak bin Muhammad (Ketua Rombongan)
- Datin Sri Dato’ Hjh Khadijah bt Ibrahim
- Hj Kahadin Abu Seman
- Hjh Esah Khatib Ahmad
- Dato’ Hj Mohamed Yaakob
- Datin Rozita Kassim
- Muhamad Md Lihim
- Hj Othman Ramli
- Hjh Rosnah Mohd Tawi
- Hj Annuar Ismail
- Hj Mohd Puzi Salleh
- Dato’ Hj Abd Rahim Muhamad
- Datin Noraini Othman
- Hashim Ahmad
- Rosesilawati Shafiee
- Mohd Kesera Jamal
- Latifah Mohamed
- Hj Jamaludin Salleh
- Dato’ Mohamed Mustafar bin Malik
- Hj Roslan Abu Bakar
- Hjh Faridah Mohd Noor
- Hj Mohzir Rahmat
- Hjh Khatijah Ab Majid
- Hj Mohamed Hamzah Abd Mutalib
- Hjh Abidah Talib
- Khairul Annuar Mohd Yusof
- Dato’ Hamizan bin Mohd Inzan
- Datin Faizah binti Shamsudin
- Hj Muda Abdul Rahman
- Hjh Fatimah Abdullah
- Shafie Pandak
- Ehanina bt Engku Talha
- Kol. Hj Kamaruddin Md Salleh
- Zulkhairi Bin Mohd Udin
- Azharuddin Abd Rahim
- Mohd Khairi Mohamed
- Roslan Hashim
- Hassanuddin Samasdar
- Ayez Husaini Khairul Annuar
Program seperti ini amat digalakkan untuk diteruskan dan diperluas agar menjadi inspirasi kepada komuniti lain dalam memperkasakan institusi masjid sebagai pusat pembangunan rohani dan sosial.
Sumber lain: Masjidtemerlohjaya.com
Tahniah kpd Dato Seri Ishak dan AJK Kewe yg telah dapat menguruskan lawatan ke MTJ Temerloh dengan amat jayanya.
Dato Dr Hj Abdullah Ismail
Tahniah juga kpd sahabat2 ahli KEWE yg dapat turut serta.
Tahniah kpd Sdr Hj Kahadin selaku Pengurus Projek/Pengurus Lawatan yg telah melaksanakan tugas dgn cemerlang dn penuh wibawa.
Terima kasih.
Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya.




















