Penafian

Laman web ini disediakan oleh Masjid Al-Raudhah Taman Guru sebagai saluran rasmi penyampaian maklumat kepada masyarakat berkaitan program, perkhidmatan, dan aktiviti masjid. Pihak pengurusan berusaha memastikan segala maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan terkini. Namun begitu, Masjid Al-Raudhah Taman Guru tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan, atau kesilapan yang timbul akibat penggunaan maklumat daripada laman ini.

1. Derma Online

Kemudahan derma secara dalam talian disediakan bagi memudahkan para penyumbang menyokong aktiviti dan pembangunan Masjid. Walaupun sistem ini dilengkapi dengan langkah keselamatan yang sesuai, Masjid Al-Raudhah Taman Guru tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, penyalahgunaan maklumat kewangan, atau transaksi yang tidak sah akibat kecuaian pengguna atau gangguan pihak ketiga. Semua sumbangan yang dibuat adalah dianggap muktamad dan tidak boleh dikembalikan, kecuali atas budi bicara pihak pengurusan atas alasan yang munasabah.

2. Siaran Langsung

Siaran langsung atau rakaman program seperti kuliah, ceramah, dan majlis ilmu yang disiarkan melalui laman web ini adalah bertujuan untuk dakwah dan penyampaian ilmu. Sebarang pandangan atau kenyataan yang diutarakan oleh penceramah adalah tanggungjawab peribadi mereka dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Masjid Al-Raudhah Taman Guru. Sebarang rakaman semula, penyebaran atau penggunaan semula kandungan siaran tanpa kebenaran bertulis daripada pihak masjid adalah dilarang.

3. Sistem Tempahan

Laman web ini mungkin menyediakan sistem tempahan bagi perkhidmatan tertentu seperti penyewaan ruang, pendaftaran majlis, atau permohonan penggunaan kemudahan masjid. Pengguna adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat, lengkap, dan terkini. Masjid Al-Raudhah Taman Guru berhak menolak, membatalkan atau mengubah sebarang tempahan atas sebab-sebab tertentu mengikut budi bicara pihak pengurusan.

4. Pautan Pihak Ketiga

Sebarang pautan ke laman web luar yang disediakan adalah untuk kemudahan pengguna sahaja. Masjid Al-Raudhah Taman Guru tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, dasar privasi, mahupun keselamatan laman web pihak ketiga tersebut.

5. Hak Cipta & Penggunaan Kandungan

Segala kandungan yang terdapat dalam laman ini seperti teks, grafik, gambar, video, dan dokumen adalah hak milik Masjid Al-Raudhah Taman Guru kecuali dinyatakan sebaliknya. Penggunaan semula kandungan laman ini dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran rasmi adalah dilarang sama sekali.

Disclaimer

This website is provided by Masjid Al-Raudhah Taman Guru as the official communication platform to share information about the mosque’s activities, services, and community programs. While the mosque management strives to ensure that all information presented is accurate and up to date, Masjid Al-Raudhah Taman Guru shall not be held liable for any loss, damage, or error arising from the use of information on this site.

1. Online Donations

The online donation facility is provided to make it easier for the public to contribute towards the mosque’s operations and development. Although this system is equipped with appropriate security measures, Masjid Al-Raudhah Taman Guru is not liable for any loss, misuse of financial data, or unauthorized transactions caused by user negligence or third-party interference. All contributions are considered final and non-refundable, unless otherwise approved by mosque management for valid reasons.

2. Live Streaming

Live streaming or recorded sessions of lectures, sermons, and religious programs are provided for the purpose of education and outreach. Any views or opinions expressed by invited speakers are their own and do not necessarily reflect the official stance of Masjid Al-Raudhah Taman Guru. Reproduction, redistribution, or use of these media files without written consent is strictly prohibited.

3. Booking System

The website may provide a booking system for certain services such as hall reservations, event registration, or facility usage. Users are responsible for ensuring that all submitted information is accurate and complete. Masjid Al-Raudhah Taman Guru reserves the right to reject, cancel, or modify any booking request at its sole discretion, based on availability or other relevant considerations.

4. Third-Party Links

Any links to external websites are provided for user convenience only. Masjid Al-Raudhah Taman Guru is not responsible for the content, privacy policies, or security practices of third-party websites.

5. Copyright & Content Use

All content on this website including text, graphics, images, videos, and documents are the property of Masjid Al-Raudhah Taman Guru, unless stated otherwise. Reproduction, copying, or redistribution of any part of this site without official written permission is strictly prohibited.