Ibadah Qurban 2025 – Penyertaan Masih Dibuka

Tarikh Pelaksanaan: 11 Mei 2025
Lokasi: Kampung Sungai Soi, Kuantan
Jumlah Lembu: 10 ekor lembu baka Brahman
Dimaklumkan bahawa penyertaan bagi ibadah qurban tahun ini masih dibuka kepada ahli kariah yang berminat.
Berikut adalah status semasa penyertaan:
- Lembu No. 7 – Masih berbaki 2 bahagian
- Lembu No. 8, 9 dan 10 – Masih belum mempunyai peserta (semua bahagian kosong)
Menurut pihak Urusetia Qurban, Tuan Haji Suriadi, sekiranya terdapat permintaan tambahan daripada ahli kariah, jumlah lembu boleh ditambah sehingga 12 ekor.
Sehubungan itu, semua pihak yang berhajat untuk menyertai ibadah qurban disarankan untuk mendaftar segera bagi memastikan penyertaan dapat diselaraskan dengan baik.
Sebarang pertanyaan atau pendaftaran boleh diajukan terus kepada Urusetia Qurban.
Sekian, harap maklum.





